PENDAHULUAN
Bagi
memenuhi keperluan Sukatan Pelajaran Pengajian Malaysia, pelajar siswi dan siswa
di Politeknik Kota Kinabalu Sabah diwajibkan menjalankan kajian tentang Latar
Belakang Sejarah Awal Negara Dan Kesultanan Melayu Melaka. Kami telah diberikan
peluang untuk memilih tajuk-tajuk yang disediakan. Saya Syazni, Iskah, Rina
dan Jiyah telah sepakat untuk memilih
tajuk Latar Belakang Sejarah Awal Negara Dan Kesultanan Melayu Melaka. Kami
telah diberi masa selama tiga minggu untuk menyiapkan kertas kerja ini. Kami
mencari segala sumber maklumat dari internet dan Pusat Sumber Politeknik Kota
Kinabalu.
Sejarah
Malaysia dikatakan bermula pada zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu sekitar
tahun 1400 Masihi. Pada masa kegemilangannya, wilayah kesultanan ini meliputi
sebahagian besar Semenanjung dan Pantai Timur Sumatera. Melaka muncul sebagai
sebuah kerajaan yang gemilang kerana kedudukannya yang strategik iaitu titik
pertemuan antara Asia Timur dengan Asia Barat. Keadaan ini membolehkan Melaka
muncul sebagai pusat perdagangan utama khususnya bagi perdagangan rempah di
Asia Tenggara. Islam pula muncul sebagai agama utama yang tersebar dan menjadi
anutan utama penduduk Melaka kerana rajanya sendiri telah memeluk agama
tersebut.
Latar
Belakang Sejarah Awal Negara
Pada era 1920-an
dan 1930-an, ramai penduduk Tanah Melayu mula mendapat pendidikan, sama ada
dari Timur Tengah atau pendidikan tempatan. Hasilnya, Rahman telah memberi
sinar Melayu mentadbir sendiri negaranya” muncullah golongan berpendidikan yang
mula memperjuangkan semangat nasionalisme. Mereka menggunakan media seperti
akhbar dan majalah untuk menyebarkan ideologi masing-masing. Ada dalam kalangan
mereka telah membentuk persatuan seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan
Kesatuan Melayu Singapura (KMS) yang bermatlamat mengusir penjajah dan
membentuk kerajaan
sendiri.
Pengunduran
Jepun telah memberi ruang kepada Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menguasai
Tanah Melayu. PKM telah bertindak ganas dengan membunuh dan memusnahkan harta
benda awam dengan sewenangnya sehingga memaksa British mengisytiharkan darurat
di Tanah Melayu (1948-1960).
Keganasan PKM
tidak berjaya menakluki Tanah Melayu dan British kembali berkuasa. Sekembalinya
British selepas pendudukan Jepun, mereka cuba memperkenalkan Malayan Union.
Pengenalan ini telah mendapat tentangan yang hebat dan menyeluruh daripada
penduduk tempatan. Pada 11 Mei 1946, penubuhan UMNO telah menyemarakkan lagi
penentangan tersebut dan seterusnya menyemai bibit-bibit perjuangan ke arah
berkerajaan sendiri.
Tanggal 31 Ogos
1957 Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya
Kemerdekaan Tanah
Melayu
Kemunculan Tunku
Abdul Rahman telah memberi sinar harapan kepada perjuangan penduduk Tanah
Melayu ketika itu apabila tindakannya membentuk Parti Perikatan mula membuka
mata British untuk membenarkan pendudukan Tanah Melayu mentadbir sendiri negaranya.
Perpaduan antara tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India telah menampakkan
hasil apabila Perjanjian London yang ditandatangani pada 8 Februari 1956 telah
memberi petanda bahawa Tanah Melayu akan merdeka pada 31 Ogos 1957.
Setelah
kemerdekaan dicapai, timbul pula masalah berhubung dengan penubuhan Malaysia
yang menggabungkan Sabah, Sarawak dan Singapura. Penentangan terhadap penyatuan
ini datang daripada Parti Rakyat Brunei, Indonesia dan Filipina. Walau
bagaimanapun hasrat untuk membentuk sebuah negara yang dinamakan MALAYSIA
tercapai pada 16 September 1963.
Kesultanan
Melayu Melaka
PENGASAS MELAKA
Melaka diasaskan
pada tahun 1400 oleh Parameswara yang merupakan seorang putera raja berasal
dari Palembang, Sumatera. Ketika itu, Palembang berada di bawah naungan
kerajaan Majapahit. Parameswara telah cuba untuk membebaskan Palembang daripada
Majapahit tetapi gagal. Setelah gagal, Parameswara telah melarikan diri ke
Temasik.,iaitu nama lama Singapura bersama kaum keluarga dan pengikutnya.

Pada waktu itu,
Singapura di perintah oleh seorang Gabenor Melayu dari Patani yang dilantik
oleh Raja Siam. Gabenor tersebut telah memberikan layanan yang baik kepada
Parameswara tetapi Parameswara telah membunuh Gabenor itu beberapa hari kemudian
dan mengisytiharkan dirinya sebagai Pemerintah Temasik dan pulau-pulau di
sekelilingnya. Akibatnya, Siam telah mengatur rancangan untuk menyerang
Temasik. Parameswara telah bertindak melarikan diri ke Muar kerana merasakan
dirinya tidak selamat.
Melaka
Mendapat Nama
Menurut cerita
sewaktu Parameswara sedang memburu, tiba-tiba seekor pelanduk putih dengan
gagahnya menendang anjing baginda hingga jatuh ke laut. Baginda terpegun dengan
peristiwa ganjil itu lantas berpendapat bahawa tempat itu sangat sesuai untuk
dijadikan tapak negeri. Mengikut kepercayaan orang Melayu pada zaman itu,
kejadian ganjil seumpama itu melambangkan permulaan suatu pekerjaan yang akan
menghasilkan kejayaan.
Baginda memerintahkan supaya sebuah negeri
dibuka dan negeri itu dinamakan Melaka, mengambil sempena nama pokok tempat
baginda sedang berteduh ketika berlakunya peristiwa ganjil itu.
Pentadbiran
Melaka
Melaka ditadbir
secara sistematik berdasarkan Sistem Pembesar Empat Lipatan. Ini adalah untuk
memastikan kelancaran pentadbiran di Melaka. Sultan menjadi ketua kerajaan dan
dibantu oleh Pembesar Empat Lipatan yang terdiri daripada Bendahara, Penghulu
Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Pembesar Empat Lipatan ini pula dibantu
oleh Pembesar Berlapan, Pembesar Berenam Belas dan Pembesar Bertiga Puluh Dua.
Keistimewaan
Melaka
Parameswara
telah mengambil keputusan untuk mendirikan sebuah kerajaan yang diberi nama
Melaka. Ini kerana Parameswara mendapati Melaka mempunyai banyak keistimewaan.
Antaranya ialah;
1. Muara sungai Melaka
yang dalam dan kedudukannya yang terlindung daripada tiupan angin monsun amat
sesuai untuk dijadikan pelabuhan dan persinggahan kapal.
2. Terdapat
bukit yang boleh menjadi petunjuk pelayaran. Bukit itu juga boleh digunakan
untuk mengawal kapal yang keluar dan masuk ke Melaka.
3. Terdapat
banyak pokok bakau di pantai dan muara sungai yang boleh dijadikan kayu api dan
dibuat tiang rumah. Pokok api-api pula dijadikan sebagai benteng pertahanan.
Perkembangan
Melaka
Raja Iskandar
Shah (Parameswara) mangkat pada tahun 1414 dan diwarisi oleh anaknya,Sultan
Megat Iskandar Shah 1414-1424, Baginda kemudian digantikan dengan putera
baginda, Sri Maharaja, yang kemudiannya mengambil gelaran "Sultan Muhammad
Shah, Melaka" (1424-1444). Pada kemangkatannya dalam tahun 1444, beliau
diganti oleh putera bongsunya dari isteri kedua baginda Puteri Rokan, Raja
Ibrahim. Disebabkan pemerintah sebenarnya adalah oleh sepupu Puteri Rokan,
orang-orang besar Melaka tidak setuju dan telah membunuh Raja Ibrahim dan
dimakamkan dengan gelaran "Sultan Abu Syahid".
Kekanda Raja
Ibrahim, Raja Kassim anak isteri pertama Tun Wati, menaiki takhta pada tahun
1445 dan memakai gelaran "Sultan Muzaffar Syah" (1445-1456) menaiki
takhta dan mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri.
Pendakwah-pendakwah Islam dihantar oleh Sultan ke seluruh Kepulauan Melayu
seperti Jawa, Borneo dan Filipina. Sebahagian besar penduduk Asia Tenggara pada
ketika itu beragama Hindu.
Semasa
pemerintahannya, pihak Siam membuat dua serangan ke atas Melaka. Serangan
pertama diketuai oleh Awi Chakra melalui darat pada tahun 1445, tetapi telah
ditewaskan oleh Tun Perak dan Tun Hamzah (Tok Bongkok) tidak jauh dari Muar.
Pada tahun 1456, Siam melancarkan serangan kedua pada 1456 yang diketuai oleh
Awi Dichu melalui laut, dan sekali lagi Tun Perak telah berjaya menewaskan
mereka dan kali ini, dengan mudah. Selepas dua kekalahan di darat dan laut ini,
Siam tidak lagi mencuba untuk menyerang Empayar Melayu Melaka. Tun Perak telah
dijadikan Bendahara dengan gelaran "Bendahara Paduka Raja". Beliau
berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan tulang belakang kepada
perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di Kepulauan Melayu.
Sultan Melaka
|
Tempoh memerintah
|
1400 – 1414
|
|
1414 – 1424
|
|
1424 – 1444
|
|
1444 – 1446
|
|
1446 – 1456
|
|
1456 – 1477
|
|
1477 – 1488
|
|
1488 – 1511
|
Islam
di Melaka
Islam telah mula
bertapak di Melaka seawal abad ke-15. Megat Iskandar Shah yang juga merupakan
putera kepada Parameswara merupakan Sultan Melaka yang pertama memeluk agama
Islam. Sejak itu Melaka mula berkembang menjadi pusat penyebaran agama Islam.
Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446-1456) Islam telah dijadikan
sebagai agama rasmi. Baginda juga turut memperkenalkan undang-undang Islam yang
dikenali sebagai Hukum Kanun Melaka. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan
agama Islam dapat berkembang di Melaka. Antaranya adalah ;
•Peranan
Pedagang dari Sumatera - Pulau Sumatera telah menerima Islam seawal abad ke-13.
Pedagang-pedagang dari Sumatera telah berdagang di Melaka sambil menyebarkan
agama Islam.
•Peranan
Pedagang dari Arab dan India - Di samping berdagang di Melaka, mereka turut
menyebarkan agama Islam. Menurut Hikayat Raja-Raja Pasai dan Bustanus Salatin,
Islam disebarkan di Melaka oleh pendakwah Arab yang bernama Syeikh Abdul Aziz
dari Makkah yang mengislamkan Raja Sri Maharaja, pembesar dan rakyat Melaka.
Ada juga yang telah berkahwin dengan penduduk tempatan dan ini menyebabkan
Islam berkembang subur di Melaka.
•Peranan Sultan
- Apabila sultan memeluk agama Islam rakyat turut mengikut jejak langkah dengan
memeluk agama Islam.
•Peranan Ulama -
Pedagang-pedagang Islam yang berdagang di Melaka turut membawa ulama bersama
mereka. Ulama-ulama ini telah menjadi guru agama di Melaka dan mengajar di
surau dan madrasah.
•Sifat agama
Islam iaitu toleransi, adil, dan rasional serta meliputi semua aspek kehidupan
telah menarik minat golongan istana dan rakyat untuk mneganut agama Islam.
Melaka sebagai
Pusat Penyebaran Agama Islam
•Melaka menjadi
pusat penyebaran dan pengajian Islam serta tempat pertemuan ulama dan
pendakwah.
•Sultan
menyambut baik kedatangan Islam dan sanggup menghantar pembesar ke Pasai untuk
bertanyakan hal-hal agama.
•Masjid,
madrasah dan surau diwujudkan untuk mempelajari agama dan membaca al-Quran.
•Melaka menjadi
pusat pengajian ilmu tasawuf. Ahli tasawauf yang terkenal ialah abdul Karim
Al-Jali yang mengarang kitab Insan Al-Kamil.
•Istana Melaka
menjadi tempat menterjemah, menyadur, dan menyimpan kitab agama Islam.
•Antara kitab
yang diterjemah ialah Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah.
•Sultan Melaka
menerapkan nilai Islam seperti musyawarrah iaitu berbincang bersama pembesar
dalam urusan pentadbiran.
Kejayaan
Melaka
Selepas Melaka
muncul sebagai sebuah pusat perdagangan baru menggantikan Srivijayapada Abad
ke-15, Melaka telah berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar kesan daripada
faktor perdagangan yang semakin berkembang pesat. Melaka telah muncul sebagai
kuasa besar di Kepulauan Tanah Melayu yang setaraf dengan kuasa besar lain
seperti Siam dan Srivijaya. Melaka yang pada mulanya merupakan sebuah kerajaan
kecil telah berkembang dan mengambil alih peranan pusat perdagangan yang
dulunya dipegang oleh Srivijaya. Kejayaan menarik tumpuan perdagangan dari
Srivijaya ini telah mengangkat martabat Melaka ke tahap yang lebih tinggi
kerana pada zaman dahulu hanya kuasa-kuasa besar sahaja yang mampu untuk
mengendalikan pusat perdagangan yang cekap dan berupaya menyediakan kemudahan
infrastruktur yang moden.
Keupayaan Melaka telah menyebabkan sebilangan
negeri yang dulunya berada di bawah kekuasaan kuasa Siam dan Jawa telah meminta
naungan dan perlindungan daripada kekuasaan Melaka. Contoh negeri tersebut
ialah seperti Bernam, Klang, Selangor, Sungai Ujung, Kedah, dan Patani yang
secara sukarela datang mendapatkan nobat daripada Melaka. Manakala Pasai pula
sebagai ‘abang tua’ dalam perdagangan dan agama, sentiasa ‘berkirim salam’
dengan Melaka. Bukti kemunculan Melaka sebagai satu kuasa besar yang baru ialah
Melaka telah dua kali berjaya menangkis serangan Siam dan akhirnya berjaya
menguasai Kelantan, menjelang kurun ke-16 Melaka telah memutuskan hubungan
hormat dengan Siam. Hal ini menunjukkan Melaka bukan sahaja berjaya mencontohi
kejayaan Srivijaya dalam perdagangan tetapi juga dari segi perluasan wilayah.
Kejayaan Melaka
memainkan peranannya sebagai sebuah enterport baru dapat dilihat dalam tiga
bentuk iaitu bertindak sebagai penerima atau pembeli barang-barangan, menjadi
pengantara menemukan pedagang Timur dan Barat termasuk Nusantara, dan juga
bertindak sebagai penyebar barang-barangan yang dibawa ke Melaka ke tempat
lain. Walaupun Melaka merupakan warisan Srivijaya, namun pencapaian Melaka
adalah berbeza daripada Srivijaya kerana Melaka merupakan tempat yang menjadi
asas kepada pegangan yang menjadi nadi menggerakan seluruh kegiatan
pemerintahan dan rakyatnya sehingga kini.
Kegemilangan
Melaka
Pada tahun 1459,
Sultan Mansur Shah (1459 - 1477) menaiki takhta. Disebabkan kedudukannya yang
strategik, Melaka menjadi sebuah pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal.
Bagi mengeratkan hubungan diplomatik dengan Melaka, Maharaja China telah
menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po dengan tujuan untuk dikahwinkan
dengan Sultan Mansur Shah. Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan Mansur Shah juga
menghantarTun Perpatih Putih dengan segolongan pengiring ke negeri China untuk
mengiringnya. Hang Li Po tiba di Melaka pada tahun 1458 bersama-sama 500 orang
pengiring.
Salah satu kesan
kebudayaan yang berpunca daripada peristiwa ini ialah wujudnya kelompok kaum
Peranakan, iaitu hasil daripada perkahwinan campur di antara pendatang Cina
dengan penduduk tempatan. Kaum Peranakan ini juga dikenali sebagai orang Baba
dan Nyonya pada hari ini.
Semasa
pemerintahan Sultan Mansur Shah, empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya dan
terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Singapura, dan sebahagian besar
Sumatera. Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan.
Majapahit kemudiannya tumbang setelah banyak kawasan jajahan telah dikuasai
oleh Melaka pada kurun ke-15. Siam pula telah menyerang Melaka sebanyak tiga
kali tetapi kesemua cubaan serangan tersebut telah gagal.
Kejatuhan
Melaka
Pada tahun 1488,
Sultan Mahmud Shah mewarisi Melaka yang telah mencapai kemuncak kuasa dan
merupakan pusat dagangan yang unggul di Asia Tenggara. Bendahara Tun Perak,
pencipta keunggulan Melaka, telah tua. Begitu juga dengan Laksamana Hang Tuah.
Pemerintahan Sultan Mahmud Shah juga mengalami rancangan jahat dan pilih kasih.
Beliau bukan seorang raja yang cekap, akan tetapi beliau juga seorang mangsa
keadaan. Ayahandanya Sultan Alauddin Riayat Shah mangkat pada usia yang masih
muda. Oleh itu baginda menaiki takhta ketika masih kanak-kanak. Portugal pada
awal abad ke-16 sedang mengasaskan sebuah empayar luar negeri.
Pada tahun 1509,
Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja Portugal tiba
di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di Asia Tenggara dan
digelar "Benggali Putih" oleh orang tempatan. Oleh kerana orang-orang
Portugis membuat kacau di Melaka seperti mengusik gadis-gadis dan mencuri,
disamping perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah kemudiannya mengarahkan supaya
orang-orang Portugis dihalau dari Melaka. Angkatan Portugis diserang dan 20
anak kapalnya ditahan.
Pada 10 Ogos
1511, sebuah armada laut Portugis yang besar dari India diketuai oleh Alfonso
de Albuquerque kembali ke Melaka. Albuquerque membuat beberapa permintaan
membina markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh Sultan
Mahmud Shah. Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota
Melaka pada 24 Ogos. Sultan Mahmud Shah terpaksa melarikan diri kePahang di pantai
timur di mana beliau gagal dalam percubaannya mendapat pertolongan daripada
negara China.
Kemudiannya,
Sultan Mahmud Shah berpindah ke selatan dan mengasaskan Kesultanan Johor
sebagai pusat dagangan saingan kepada Melaka. Dengan ibu kotanya di pulau Bentan
yang terletaknya berdekatan dengan Temasik (Singapura), beliau terus menerima
ufti dan kesetiaan dari kawasan-kawasan sekeliling yang diberinya sewaktu
beliau masih menjadi Sultan Melaka. Sultan Mahmud Shah menjadi ketua gabungan
Melayu dan berkali-kali menyerang Melaka. Pada tahun 1525, Laksamana Hang Nadim
berjaya mengepung Kota A Famosa sehingga pihak Portugis terpaksa membuat catuan
makanan dari Goa.
Pada 1526, pihak
Portugis membalas dengan seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro
Mascarenhaas dan memusnahkan ibu kota Bentan. Sultan Mahmud Shah melarikannya
ke Kampar, Sumatera tetapi anakandanya, Tengku Alauddin Shah tinggal dan
mengembangkan Johor sebagai sebuah empayar yang berkuasa dan yang mencapai
keunggulannya pada abad ke-18 dan ke-19. Lagi seorang anakanda Sultan Mahmud
Shah, Tengku Muzaffar Shah, dijemput oleh orang-orang utara untuk menjadi
sultan mereka dan beliau mengasaskan Kesultanan Perak.
Sultan Mahmud
Shah mangkat dua tahun kemudian di Kampar pada tahun 1526.
Kerajaan-Kerajaan
Melayu Baru
Kerajaan Melayu
Yang Baru
1.a. Kelantan
- Asal nama
Ho-lo-tan
Kuo-lo-tan
Gabungan
perkataan kolam (tanah) dengan autam (sempadan)
- Keistimewaan
Terletak di
laluan perdagangan antara Timur dan Siam
Mengeluarkan
wang emas (dinar ) dan wang pitis
Menghasilkan
damar, rotan, tanduk dan gading
1.b. Terengganu
- Asal nama
Taring anu
(perkataan anu merujuk kepada harimau)
- Keistimewaan
Menerima agama
Islam yang awal
Pelabuhan
pedalaman yang terpenting di Kepulauan Melayu
Menghasilkan
lada hitam, emas dan bijih timah.
1.c. Selangor
- Asal nama
Sungai Selangor
- Keistimewaan
Kaya dengan
bijih timah
1.d. Negeri Sembilan
- Asal nama
Terdiri
daripada sembilan buah daerah.
- Keistimewaan
Kaya dengan bijih
timah, beras dan hasil hutan
Rumusan
Sebagai rumusan,dapatan kajian yang
dikaji dengan tajuk Latar Belakang
Sejarah Awal Negara Dan Kesultanan Melayu Melaka menjurus kepada semangat
patriotik.
Pelbagai nilai murni yang dapat dilahirkan
dan dipupuk. Antaranya ialah nilai saling hormat menghormati antara kaum dan
agama yang berbeza. Masyarakat hendaklah saling hidup menghormati antara satu
sama lain melalui hidup beragama iaitu masyarakat menghormati cara hidup agama
lain dengan tidak memandang rendah terhadap cara menganuti sesuatu agama, tidak
menindas dan mewujudkan isu isu sensitif yang boleh menggugat keharmonian
hidup. Menghargai sesama umat manusia yang mempunyai pelbagai agama mampu
mewujudkan kerukunan hidup tanpa mengira latar belakang warna kulit dan darjat.
Seterusnya, nilai cinta
akan tanah air . Kita hendaklah menanam sifat cinta akan tanah air agar kita
akan terus melindungi tanah air kita daripada di jajah oleh negara lain .
Akhir sekali, setelah selesai menjalankan kajian ini, kami sedar betapa
pentingnya hidup bersatu padu. Hal ini kerana ia dapat memberi jaminan kepada masyarakat untuk terus hidup bersatu padu dan sentiasa
berganding bahu tanpa mengira agama dan kaum. Oleh itu, marilah kita sama-sama
mewujudkan budaya bersatu padu agar generasi akan datang dapat mewarisinya dan
tidak pupus ditelan zaman dan turut dipandang tinggi oleh orang luar.
Rujukan
1)
Cikgungasri.blogspot.com
2)
Pmr.penerangan.gov.my/index.php/profil-malaysia/7954-ringkasan-sejarah-malaysia.html
3)
Buku Teks Pengajian
Malaysia Politeknik Kota Kinabalu
SUMBER-SUMBER AWAL
SEJARAH KESULTANAN MELAYU MELAKA
NAMA PENSYARAH : PUAN ELNIE HENRY
YAPOLAI
NAMA KURSUS : PENGAJIAN
MALAYSIA(DUB1012)
PROGRAM : DIPLOMA PENGAJIAN
PERNIAGAAN
KELAS : DPM1A
AHLI KUMPULAN
|
NO.MATRIK
|
NURUL SYAZNI BINTI TUAH
|
DPM14F1063
|
ISKAH NORHATIKA ISHAK
|
DPM14F1025
|
AZIYAH ABDUL LATIP
|
DPM14F1031
|
NUR HASRINA BASRI
|
DPM14F1071
|
